15 Disember 2011, aku dapat mesej dari mak aku. Dia cakap atuk aku dah takde. sebulan sebelum tu dia dah masuk hospital, doc cakap memang takde harapan. Dah lama sakit, tapi ajal nenek aku terlebih dahulu sampai.
Waktu aku hidup ni, atuk, nenek dengan moyang semua belah mak aku ada lagi. Belah bapak aku, seorang pun takde. Jadi, nenek dengan moyang aku pergi hampir tiga tahun dan selepas itu atuk aku. Tiada lagi keturunan lama hidup dalam keluarga aku.
Atuk aku ni pernah kawen banyak tapi takde anak sampailah kahwin dengan nenek aku. Barulah berduyun-duyun anak ada. Kali terakhir aku jumpa dia, waktu aku pergi kursus di Terengganu. Singgah kejab dan dia ajak minum teh. Huhuhu...
Waktu kecik-kecik dulu, dia suka bawak aku minum teh. Samada jalan kaki ataupun naik kapcai dia. Cucu lain tak merasa melainkan aku. Sbb tu orang kata cucu kesayangan (waktu tu lah). Paling mak aku ingat ialah bila atuk aku ajak dan aku tanya, "Atuk ada duit ke nk belanja?"
Mungkin ada orang ingat itu ayat berlagak tapi aku sejak kecik mmg tak suka membazir. Tak susah nk jaga aku kan? Aku sendiri tolak sesuatu barang tu sbb bagi aku "mahal". Tak taulah mcmne aku tengok harga tu. (mak aku selalu cite kekadang murah je, tapi sbb aku cakap "mahal", jadi dia tak yah beli).
Berbalik kepada kisah arwah atuk aku tu. Lepas tu dia akan ketawa cakap, "setakat teh tu, atuk mampu lagi..." Bawak naik kapcai duduk kat bakul sampailah masuk tujuh tahun, kena duk kat belakang. Tanya kenapa? Atuk kata dh besar. *merajuk*
Lepas tu keluar sepupu lelaki lain (banyak sepupu lelaki lain tapi yang ni jadi pesaing lak). Tetibe tak jadi cucu kesayangan dah. Hahaha... balik kampung (dulu balik kampung dengan bapak sedara) dan balik Melaka bagitau mak aku yang atuk tak sayang adik dah (ngadu dan ngada). Lepas tu balik kampung satu keluarga (waktu raya), mak aku citer kat sume apa yang aku cakap (maluuuu...)
Ritu minum dengan atuk aku pun, tak cakap banyak. Hehehe... tak tau nk cite apa. Tapi kejab masa berlalu. Dia pergi juga. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.
Al-Fatihah

- Mood:
sad