You are viewing [info]lidotsavadak's journal

Selamat tinggal, dunia.


15 Disember 2011, aku dapat mesej dari mak aku. Dia cakap atuk aku dah takde. sebulan sebelum tu dia dah masuk hospital, doc cakap memang takde harapan. Dah lama sakit, tapi ajal nenek aku terlebih dahulu sampai.

Waktu aku hidup ni, atuk, nenek dengan moyang semua belah mak aku ada lagi. Belah bapak aku, seorang pun takde.  Jadi, nenek dengan moyang aku pergi hampir tiga tahun dan selepas itu atuk aku. Tiada lagi keturunan lama hidup dalam keluarga aku.

Atuk aku ni pernah kawen banyak tapi takde anak sampailah kahwin dengan nenek aku. Barulah berduyun-duyun anak ada. Kali terakhir aku jumpa dia, waktu aku pergi kursus di Terengganu. Singgah kejab dan dia ajak minum teh. Huhuhu...

Waktu kecik-kecik dulu, dia suka bawak aku minum teh. Samada jalan kaki ataupun naik kapcai dia. Cucu lain tak merasa melainkan aku. Sbb tu orang kata cucu kesayangan (waktu tu lah). Paling mak aku ingat ialah bila atuk aku ajak dan aku tanya, "Atuk ada duit ke nk belanja?"

Mungkin ada orang ingat itu ayat berlagak tapi aku sejak kecik mmg tak suka membazir. Tak susah nk jaga aku kan? Aku sendiri tolak sesuatu barang tu sbb bagi aku "mahal". Tak taulah mcmne aku tengok harga tu. (mak aku selalu cite kekadang murah je, tapi sbb aku cakap "mahal", jadi dia tak yah beli).

Berbalik kepada kisah arwah atuk aku tu. Lepas tu dia akan ketawa cakap, "setakat teh tu, atuk mampu lagi..." Bawak naik kapcai duduk kat bakul sampailah masuk tujuh tahun, kena duk kat belakang. Tanya kenapa? Atuk kata dh besar. *merajuk*

Lepas tu keluar sepupu lelaki lain (banyak sepupu lelaki lain tapi yang ni jadi pesaing lak). Tetibe tak jadi cucu kesayangan dah. Hahaha... balik kampung (dulu balik kampung dengan bapak sedara) dan balik Melaka bagitau mak aku yang atuk tak sayang adik dah (ngadu dan ngada). Lepas tu balik kampung satu keluarga (waktu raya), mak aku citer kat sume apa yang aku cakap (maluuuu...)

Ritu minum dengan atuk aku pun, tak cakap banyak. Hehehe... tak tau nk cite apa. Tapi kejab masa berlalu. Dia pergi juga. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang beriman.

Al-Fatihah
  • Add to Memories

11.11.11


Ada apa pada tarikh. Tiada yang istimewa pada tarikh ini - 11/11/11. Tiada apa-apa sambutan melainkan ia kelihatan unik sahaja. Dalam pada itu, empat hari sahaja lagi pada 24 tahun yang lalu, mak cik Kelsom tengah sarat mengandung. Rasanya dia sendiri tak tahu yang bakal lahir tu lelaki atau perempuan. Bila nak keluar pun mungkin tak tahu.

Tapi empat hari lepas tu (tahun 1987), pagi-pagi buta barulah keluar aku. Orang kata keluar pagi, cerah, aku tak pun. Penipu punya orang. Hahaha...

Menghitung detik, tidaklah. Motif nak tunggu 15 November? Tiada apa yang menarik. Hahaha... dulu kecik-kecik mak bapak aku belikan set alat tulis Luna. Aku dapat, kakak-kakak aku pun dapat memandangkan kesemua kami lahir hujung tahun. Dan paling untung sebab boleh guna untuk sesi persekolahan tahun hadapannya. Bijak sungguh mereka berdua.

Lepas tu, barulah ada sesi makan makanan segera. Biasa KFC yang dipilih. Jadi, dulu nak makan KFC cuma waktu hari jadi aku atau kakak aku. Itu sahaja. Hari lain, tak dapat lah. Sedih, kan? Hahaha...

Tapi aku suka baca horoskop tentang peribadi seseorang. (aku baca aku punya jelah). Contoh yang ini mengenai lelaki yang lahir pada 15 hb (tidak mengira bulan):

Your Life
You are outgoing and love to be at the center of attention. From the outside, you may seem flashy, flirty, and tricky but your true self is strong, full of hope to be the leader. When you fail to convince someone, you will get frustrated, and perhaps let your temper shows.

Your Love
You are emotional. Many can win your heart at once, but not for long. This is why you hardly win a decent relationship


Aku percaya ramalan ini dilakukan hasil kajian mereka terhadap sekumpulan manusia. Dan mereka mencari titik persamaan antara mereka. Kebanyakannya memang ada pada aku. Tapi dalam banyak-banyak, aku perasaan tidak kira menggunakan tarikh mahupun horoskop, aku dibayangkan oleh mereka sebagai seorang yang suka mencari kuasa. Hahaha... Gila kuasa sangat!

Pertama kali aku membaca, "many can win your heart at once, but not for long". Yang tu betul. Sebab aku cepat bosan dengan seseorang. Sebab tu lebih elok jadi kawan dari berkasih-kasihan. Nanti aku jelak. Kalau jadi kawan pun, janganlah selalu mengganggu dengan kisah-kisah yang kekadang aku rasa mcm tidak perlu dikisahkan kepada aku. Sekali-sekala aku boleh mendengar tapi kalau hari-hari rasa mcm gampang jugak. Hahaha... Motif nk repot diari harian kat aku?!

Sampai di sini sahaja dulu. Saya malas.

Latest Month

December 2011
S M T W T F S
    123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031

Syndicate

RSS Atom
Powered by LiveJournal.com
Designed by Tiffany Chow